RENCANA

SELEPAS TIGA TAHUN PANDEMIK COVID-19 KES AKTIF BERBAKI 9,549

28/01/2023 05:47 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 21 Jan hingga pukul 11:59mlm 27 Jan 2023.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.03 juta kes. Di peringkat global, lebih 674 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.75 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 646 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia merekod sebanyak 5,035,613 kes COVID-19 dengan kes sembuh 4,989,126 dan 36,938 kes kematian setakat semalam (27 Januari), sejak pandemik penyakit berjangkit ini melanda negara pada 25 Januari 2020

Daripada kes harian baharu yang pernah memuncak melebih 30 ribu (33,406 pada 5 Mac 2022), kes harian baharu COVID-19 negara menyusut dengan kes terendah sebanyak 101 dilaporkan pada 24 Januari 2023. Untuk rekod, jumlah kes aktif COVID-19 negara pada 5 Mac 2022 adalah sebanyak 311,206.

Kes aktif COVID-19 negara kini berbaki 9,549 dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,133 kes (95.6 peratus) menjalani kuarantin di rumah.

Untuk rekod, kes pertama COVID-19 (sebelum ini dikenali sebagai 2019-nCOV) dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia, melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari 2020.


Penolong Kanan Penguasa Bomba Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang (kiri) ketika mengendalikan pesawat Mi-17-IV bersama dua anak kapal dalam misi menghantar bantuan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Balar, Gua Musang. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik dan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), “ini dapat dicapai susulan kejayaan program vaksinasi COVID-19 dan sistem perkhidmatan kesihatan yang berada pada tahap yang terkawal.”

Untuk minggu terakhir Januari 2023, Malaysia mencatat kes harian baharu COVID-19 bawah 350 dengan jumlah kes 1,385 untuk tempoh 21 Jan hingga 27 Jan 2023, menyusut sekitar 33 peratus, berbanding 2,081 kes (14 Jan-20 Jan 2023).

Semalam (27 Januari), Malaysia mencatat 236 kes harian baharu termasuk dua (2) kes kematian dan tiga (3) kes import.

Menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 27 Jan 2023, tiga (3) negeri melaporkan kes sifar iaitu WP Labuan, WP Putrajaya dan Perlis.

Lima (5) negeri mencatat kes dua angka iaitu Selangor (78), WP Kuala Lumpur (52), Melaka (23), Sarawak (22) dan Perak (11).

Lapan (8) negeri melaporkan kes satu angka iaitu Sabah (8), Johor (8), Kedah (8), Negeri Sembilan (7), Pahang (7), Pulau Pinang (6), Terengganu (5) dan Kelantan (1).

Dengan 5,035,613 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,113,124 kes) dan Ukraine (5,367,032 kes).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (53,911) diikuti Korea Selatan (31,711) dan Taiwan (24,350).

Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,132,236 kes.

 

​​​​​​​


Anggota tentera membantu memindahkan mangsa banjir di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 21 Jan hingga 27 Jan 2023:- (Data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 27 Jan 2023)

21 Jan (293), 22 Jan (309), 23 Jan (142), 24 Jan (101), 25 Jan (132), 26 Jan (172) dan 27 Jan (236).

 

Kes baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 14 Jan 2022 hingga 20 Jan 2023:-

14 Jan (287), 15 Jan (244), 16 Jan (227), 17 Jan (350), 18 Jan (371), 19 Jan (318) dan 20 Jan (285).

 

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 21 Jan hingga 27 Jan 2023, seperti berikut:-

21 Jan (269), 22 Jan (170), 23 Jan (78), 24 Jan (125), 25 Jan (164), 26 Jan (508) dan 27 Jan (418).

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

​​​​​​​


Tinjauan dari udara semasa pemantauan situasi banjir di beberapa daerah di negeri Johor. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 27 Jan 2023)

Malaysia masih mempunyai 9,549 kes aktif COVID-19, dan sebanyak 9,133 (95.6 peratus) dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 402 kes (4.2 peratus) di hospital; 3 kes (0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 11 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Jumlah pesakit diwadkan:-

21 Jan (138), 22 Jan (169), 23 Jan (167), 24 Jan (131), 25 Jan (128), 26 Jan (178) dan 27 Jan (178).

 

Kes sembuh:-

​​​​​​​


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

21 Jan (326), 22 Jan (292), 23 Jan (267), 24 Jan (315), 25 Jan (346), 26 Jan (325) dan 27 Jan (312).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 27 Jan 2023 sebanyak 4,989,126.

 

Kes import

21 Jan (0), 22 Jan (1), 23 Jan (1), 24 Jan (1), 25 Jan (2), 26 Jan (1) dan 27 Jan (3).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

21 Jan (10,320), 22 Jan (10,337), 23 Jan (10,212), 24 Jan (9,998), 25 Jan (9,783), 26 Jan (9,627) dan 27 Jan (9,549).

 

Perincian kes harian baharu (236 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 27 Jan 2023

*(+kes import)

​​​​​​​


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes dua angka - Selangor 78 (+0), WP Kuala Lumpur 52 (+0), Melaka 22 (+1), Sarawak 22 (+0) dan Perak 10 (+1).

Kes satu angka - Sabah 8 (+0), Johor 8 (+0), Kedah 7 (+1), Negeri Sembilan 7 (+0), Pahang 7 (+0), Pulau Pinang 6 (+0), Terengganu 5 (+0) dan Kelantan 1 (+0).

Kes sifar -WP Labuan, WP Putrajaya dan Perlis.

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

21 Jan - Kes baharu 293; Kumulatif kes 5,034,521; Kes import 0

22 Jan - Kes baharu 309; Kumulatif kes 5,034,830; Kes import 1

23 Jan - Kes baharu 142; Kumulatif kes 5,034,972; Kes import 1

24 Jan - Kes baharu 101; Kumulatif kes 5,035,073; Kes import 1

25 Jan - Kes baharu 132; Kumulatif kes 5,035,205; Kes import 2

26 Jan - Kes baharu 172; Kumulatif kes 5,035,377; Kes import 1

27 Jan - Kes baharu 236; Kumulatif kes 5,035,613; Kes import 3

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

 

21 Jan - 2 (BID 0), 22 Jan -0 (BID 0), 23 Jan - 0 (BID 0), 24 Jan - 0 (BID 0), 25 Jan - 1 (BID 0), 26 Jan -3 (BID 3) dan 27 Jan - 2 (BID 0).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 27 Jan 2023 sebanyak 36,938.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 674,526,055 kes berbanding 672,842,041 pada minggu sebelumnya dengan 6,756,690 kematian (Minggu lalu jumlah kes kematian sebanyak 6,742,116 kes).

Kes sembuh terkini sebanyak 646,675,626 kes berbanding 644,488,957 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 104,106,912 (+13,413)

India 44,682,437 (+NA)

Perancis 39,508,154 (+4,681)

Jerman 37,728,155 (NA)

Brazil 36,805,967 (+11,317)

Jepun 32,364,850 (+53,911)

Korea Selatan 30,107,363 (+31,711)

Itali 25,453,789 (NA)

United Kingdom 24,259,240 (NA)

Rusia 21,924,261 (+7,164)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif

COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,526,377 (+12)

Indonesia di tangga 20 - 6,729,209 (+211)

Malaysia di tangga 28 - 5,035,613 (+236)

Thailand di tangga 31 - 4,726,512 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,072,592 (+200)

Singapura di tangga 45 - 2,215,527 (+418)

Myanmar di tangga 84 - 633,815 (+NA)

Brunei di tangga 107 - 275,220 (NA)

Laos di tangga 113 - 217,961 (+2)

Kampuchea di tangga 125 - 138,683 (+2)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.

-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan