RENCANA

COVID-19: JUMLAH KES HARIAN SEMINGGU 1,969; MENINGKAT 42 PERATUS

04/02/2023 07:22 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 28 Jan hingga pukul 11:59mlm 3 Feb 2023.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.03 juta kes. Di peringkat global, lebih 675 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.76 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 648 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 meningkat 42 peratus untuk tempoh seminggu Rangkuman Mingguan Bernama 28 Jan hingga 3 Feb 2023 kepada sebanyak 1,969.

Ini berbanding jumlah kes harian baharu untuk tempoh 21 Jan - 27 Jan 2023 iaitu 1,385 dengan kes tertinggi sebanyak 293 dicatat pada 21 Januari dan terendah, 101 pada 24 Januari.

Daripada 340 kes harian baharu COVID-19 semalam (3 Februari), hanya terdapat satu (1) kes import dan tiada kes kematian dilaporkan. Sifar kematian turut dilaporkan pada 2 Februari, 1 Februari, 31 Januari dan 29 Januari.

Kes aktif COVID-19 negara meningkat sedikit kepada 10,210 dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,823 kes (96.2 peratus) menjalani kuarantin di rumah.

Menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 3 Feb 2023, daripada 340 kes harian baharu semalam, hanya Selangor mencatat kes tiga angka iaitu 166 kes. Selangor turut merekod kes tiga angka pada 2 Februari (138 kes).


Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar berlatar belakangkan pesawat M23-08 milik Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) semasa mengunjungi Muzium Tentera Darat Port Dickson pada cuti hujung minggu. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Enam (6) negeri melaporkan kes dua angka iaitu WP Kuala Lumpur (67), Melaka (18), Sarawak (14), Johor (14), Pulau Pinang (13) dan Perak (10).

Tujuh (7) negeri mencatat kes satu angka iaitu Negeri Sembilan (9), Pahang (8), Kedah (8), Kelantan (7), WP Putrajaya (3), Sabah (2) dan Perlis (1). Terengganu dan WP Labuan melaporkan sifar kes.

Secara keseluruhannya, sehingga semalam (3 Februari), Malaysia merekod sebanyak 5,037,582 kes COVID-19 dengan kes sembuh 4,990,430 dan 36,942 kes kematian. Pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari 2020. Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik.

Dengan 5,037,582 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,124,971 kes) dan Ukraine (5,373,104 kes).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (39,924) diikuti Taiwan (25,477) dan Greecel (15,414).

Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,135,910 kes.

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 28 Jan hingga 3 Feb 2023:-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

(Data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 3 Feb 2023)

28 Jan (258), 29 Jan (269), 30 Jan (202), 31 Jan (251), 1 Feb (325), 2 Feb (324) dan 3 Feb (340).

 

Kes baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 21 Jan 2022 hingga 27 Jan 2023:-

21 Jan (293), 22 Jan (309), 23 Jan (142), 24 Jan (101), 25 Jan (132), 26 Jan (172) dan 27 Jan (236).

 

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 28 Jan hingga 3 Feb 2023, seperti berikut:-

28 Jan (362), 29 Jan (296), 30 Jan (273), 31 Jan (652), 1 Feb (465), 2 Feb (475) dan 3 Feb (458).

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Percikan ombak menghempas benteng pemecah ombak di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus berikutan keadaan angin kencang dan laut bergelora. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 3 Feb 2023)

Malaysia masih mempunyai 10,210 kes aktif COVID-19, dan sebanyak 9,823 (96.2 peratus) dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 379 kes (3.7 peratus) di hospital; 3 kes (0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 5 kes (0 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Jumlah pesakit diwadkan:-

28 Jan (156), 29 Jan (139), 30 Jan (162), 31 Jan (156), 1 Feb (124), 2 Feb (164) dan 3 Feb (147).

 

Kes sembuh:-


Orang ramai khususnya kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda pada cuti umum ketika di Taman Rekreasi Suria KLCC. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

28 Jan (309), 29 Jan (285), 30 Jan (141), 31 Jan (0), 1 Feb (113), 2 Feb (148) dan 3 Feb (203).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 3 Feb 2023 sebanyak 4,990,430.

 

Kes import

28 Jan (2), 29 Jan (3), 30 Jan (4), 31 Jan (0), 1 Feb (2), 2 Feb (4) dan 3 Feb (1).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

28 Jan (9,496), 29 Jan (9,480), 30 Jan (9,539), 31 Jan (9,790), 1 Feb (9,897), 2 Feb (10,073) dan 3 Feb (10,210).

 

Perincian kes harian baharu (340 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 3 Feb 2023

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes tiga angka - Selangor 166 (+0);

Kes dua angka - WP Kuala Lumpur 67 (+0). Melaka 18 (+0), Sarawak 14 (+0), Johor 14 (+0), Pulau Pinang 13 (+0) dan Perak 10 (+0);

Kes satu angka - Negeri Sembilan 9 (+0), Pahang 8 (+0), Kedah 8 (+0), Kelantan 6 (+1), WP Putrajaya 3 (+0), Sabah 2 (+0) dan Perlis 1 (+0);

Kes sifar - Terengganu dan WP Labuan.

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

28 Jan - Kes baharu 258; Kumulatif kes 5,035,871; Kes import 2

29 Jan - Kes baharu 269; Kumulatif kes 5,036,140; Kes import 3

30 Jan - Kes baharu 202; Kumulatif kes 5,036,342; Kes import 4

31 Jan - Kes baharu 251; Kumulatif kes 5,036,593; Kes import 0

1 Feb - Kes baharu 325; Kumulatif kes 5,036,918; Kes import 2

2 Feb - Kes baharu 324; Kumulatif kes 5,037,242; Kes import 4

3 Feb - Kes baharu 340; Kumulatif kes 5,037,582; Kes import 1

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

28 Jan - 2 (BID 1), 29 Jan - 0 (BID 0), 30 Jan - 2 (BID 0),31 Jan - 0 (BID 0), 1 Feb - 0 (BID 0), 2 Feb - 0 (BID 0) dan 3 Feb - 0 (BID 0).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 3 Feb 2023 sebanyak 36,942.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 675,993,329 kes berbanding 674,526,055 kes pada minggu sebelumnya dengan 6,789,764 kes kematian. Minggu lalu jumlah kes kematian sebanyak 6,756,690 kes.

Kes sembuh terkini sebanyak 648,291,872 kes berbanding 646,675,626 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 104,453,000 (+12,804)

India 44,683,122 (+NA)

Perancis 39,533,323 (+NA)

Jerman 37,810,147 (NA)

Brazil 36,866,658 (+8,742)

Jepun 32,673,665 (+39,924)

Korea Selatan 30,228,889 (+14,961)

Itali 25,488,166 (NA)

United Kingdom 24,274,361 (NA)

Rusia 21,977,653 (+9,670)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif

COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,526,542 (+20)

Indonesia di tangga 20 - 6,730,778 (+241)

Malaysia di tangga 28 - 5,037,582 (+340)

Thailand di tangga 31 - 4,726,984 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,073,706 (+156)

Singapura di tangga 45 - 2,218,508 (+458)

Myanmar di tangga 84 - 633,837 (+1)

Brunei di tangga 107 - 276,067 (NA)

Laos di tangga 113 - 217,981 (+4)

Kampuchea di tangga 125 - 138,695 (+1)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.

-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

-- Daripada kes harian baharu yang pernah memuncak melebih 30 ribu (33,406 pada 5 Mac 2022), kes harian baharu COVID-19 negara menyusut dengan kes terendah sebanyak 101 dilaporkan pada 24 Januari 2023. Untuk rekod, jumlah kes aktif COVID-19 negara pada 5 Mac 2022 adalah sebanyak 311,206.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan