SUKAN

KBS PERUNTUK RM50,000 UNTUK PERSATUAN SORAK SERTAI KEJOHANAN DUNIA

18/04/2024 05:18 PM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyampaikan dana sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM) untuk menyertai Kejohanan Sorak Dunia 2024 di Orlando, Amerika Syarikat dari 24 hingga 29 April.

KBS menerusi kenyataan memaklumkan insentif yang diluluskan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWSAN) itu disampaikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika mengadakan perjumpaan dengan CHARM di Sekolah Sri Kuala Lumpur.

CHARM turut menerima RM30,000 daripada peruntukan menteri sebagai sokongan untuk aktiviti persatuan itu. 

“Apabila belia kita terlibat dałam sukan, mereka akan belajar berpasukan, menyokong satu sama lain, dan bermain mengikut peraturan. Dengan ini, pembinaan negara akan berlaku. Patriotisme bermula di sini,” kata Hannah dalam kenyataan sama.

Pasukan itu terdiri daripada 20 atlet berumur antara 12 hingga 15 tahun, dua jurulatih dan seorang pengurus pasukan.

Kejohanan Sorak Dunia bakal menyambut ulang tahun ke-21 dengan penyertaan 10,000 atlet dari 80 negara yang berkumpul di bawah naungan International Cheer Union (ICU).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan