SUKAN > BERITA

MESSI CEMERLANG BANTU ARGENTINA BENAM GUATEMALA DALAM AKSI PEMANAS BADAN COPA AMERICA

15/06/2024 08:09 PM

WASHINGTON, 15 Jun (Bernama-Xinhua) -- Lionel Messi menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan gol ketika Argentina bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Guatemala 4-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di sini pada Jumaat.

Lisandro Martinez menghadiahkan gol pendahuluan kepada Guatemala pada minit keempat dalam aksi di Commanders Field apabila dia secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri susulan sepakan percuma berbahaya oleh Oscar Santis.

Juara dunia itu menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian menerusi Messi, menurut Xinhua.

Argentina kemudiannya bangkit mendahului sebelum separuh masa melalui Lautaro Martinez, yang menyempurnakan sepakan penalti.

Skuad 'Albiceleste' seterusnya mendominasi perlawanan dan Martinez menambah kelebihan pasukannya dengan menyudahkan hantaran Messi.

Messi melengkapkan kemenangan bergaya Argentina dengan jaringan 13 minit sebelum perlawanan tamat hasil bantuan gol Angel Di Maria.

Perlawanan itu merupakan aksi pemanas badan terakhir Argentina sebelum kejohanan Copa America di Amerika Syarikat. 

Sebagai juara bertahan, Albiceleste akan mula mempertahankan kejuaraan dimenangi pada 2021 dengan aksi menentang Kanada pada 20 Jun sebelum turut menghadapi Chile dan Peru dalam peringkat kumpulan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan