SUKAN > BERITA

FESTIVAL MENYELAM LABUAN 2.0 BERMULA HARI INI

28/06/2024 06:00 PM

LABUAN, 28 Jun (Bernama) -- Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula hari ini dan akan berlangsung hingga Ahad depan.

Seramai 22 penyelam antaranya dari Malaysia, Singapura dan Perancis akan menerokai keajaiban perairan Labuan dalam festival anjuran Kelab Menyelam Labuan bersama Labuan Rusukan Besar Resort itu.

Setiausaha Kelab Menyelam Labuan Tan Zhi Shan berkata festival itu menampilkan ekspedisi menyelam ke lokasi bangkai kapal dan terumbu karang yang terkenal di sekitar Pulau Rusukan Besar.

“Festival ini juga akan memberikan pengiktirafan menerusi majlis khas penyampaian sijil kepada penyelam yang melakukan lebih 50, 100, 150 dan 200 selaman sebagai menghargai dedikasi dan komitmen mereka terhadap sukan ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata festival berkenaan juga secara tidak langsung mempromosikan pemuliharaan laut dan memperkenalkan khazanah tersembunyi di bawah permukaan air Labuan.

Selain itu katanya ia juga bertujuan menghidupkan semula industri selam skuba di pulau itu yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan