SUKAN > BERITA

CHINA LEBUR IMPIAN MALAYSIA KE PENTAS FINAL

01/07/2024 11:59 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Impian skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabiula tewas 1-3 kepada China pada saingan separuh akhir di Yogyakarta, Indonesia, hari ini.

Pada acara pasukan campuran itu, skuad negara bermula dengan langkah kanan apabila meraih mata pertama menerusi kemenangan beregu lelaki Kang Khai Xing-Aaron Tai menewaskan Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 26-24, 25-23.

Bagaimanapun, pemain perseorangan wanita Ong Xin Yee tidak dapat membawa momentum ke perlawanan kedua apabila  tewas kepada Xu Wen Jing 15-21, 13-21.

China, selaku juara lapan kali, mendahului dalam perlawanan ketiga, apabila pemain perseorangan lelaki Wang Zi Jun menewaskan Razeeq Rosli Danial  21-17, 21-9.

China melengkapkan kemaraan ke pentas final dalam tempoh enam tahun selepas beregu wanita, Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue menyumbang mata ketiga menerusi kejayaan menumpaskan pasangan negara Carmen Ting-Nicole Chau 21-12, 21-9.

Malaysia menamatkan kempen dengan mengulangi pencapaian pingat gangsa edisi 2018  di Jakarta.

Acara individu kejohanan itu akan bermula Rabu ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan