SUKAN > BERITA

EMPAT WAKIL MUDA GALAS CABARAN NEGARA KE KEJOHANAN LOMPAT TALI ASIA DI JEPUN

21/07/2024 06:06 PM

PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Empat peserta lompat tali kebangsaan akan menggalas cabaran negara ke Kejohanan Lompat Tali Asia 2024 di Kawasaki, Jepun, bermula Rabu hingga Ahad ini.

Presiden Persekutuan Lompat Tali Malaysia (My JuRF) Saiful Anwar Ishak berkata empat wakil negara akan bertanding dalam acara prestasi tinggi bagi kategori 16 tahun ke atas dan 12 hingga 15 tahun.

Peserta lelaki negara ialah Muhammad Khidir Muhammad Khairul (16 tahun ke atas), Nik Ahmad Ziyad Nik Shahjaril dan Muhammad Irfan Husni Mohamad Zahir (12-15 tahun) dan Insyirah Mohd Idris dalam kategori perempuan 12-15 tahun.

Saiful Anwar berkata pasukan negara akan diiring dua jurulattih dengan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya tiga emas pada kejohanan itu.

"Kita bukan sahaja nak bagi pendedahan kepada peserta begara tetapi juga pengalaman buat jurulatih,” katanya pemberita selepas majlis penutupan Pertandingan Lompat Tali Terbuka Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Peringkat Kebangsaan 2024  di IOI City Mall di sini hari ini.

Terdahulu majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Hannah berkata pertandingan tahun depan kemungkinan akan dianjurkan di kawasan yang lebih luas seperti di Axiata Arena di Bukit Jalil.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan