SUKAN > BERITA

Separuh Maraton Sharp Hsnkl 2024 Sasar 15,000 Peserta

20/08/2024 08:51 PM

SHAH ALAM, 20 Ogos (Bernama) -- Seramai 15,000 peserta dalam dan luar negara disasarkan mengambil bahagian pada edisi kedua acara larian Separuh Maraton SHARP HSNKL di Dataran Merdeka di sini pada 20 Okt ini.

Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia Ting Yang Chung berkata seramai 4,200 peserta telah mengesahkan penyertaan sejak pendaftaran dibuka minggu lalu.

Beliau berkata sebagai penaja utama, beliau sangat teruja dengan jumlah pendaftaran yang diterima, yang membuktikan prestij Separuh Maraton SHARP HSNKL semakin meningkat dan mampu menarik lebih ramai peserta tempatan dan antarabangsa.

"Berdasarkan pendaftaran menggalakkan, kita tidak sabar untuk melihat jumlah penyertaan menjelang tarikh tutup pendaftaran paada 15 Okt ini,” katanya kepada media selepas pelancaran acara larian itu di sini hari ini.

Beliau berkata hadiah keseluruhan  bernilai RM50,000 termasuk televisyen SHARP Auos 4K menanti pemenang  dalam empat kategori dipertandingkan iaitu 21 kilometer (km), 10km, 5km dan 3km.

Ting berkkata jumlah nilai hadiah akan digandakan kepada RM100,000 jika meneriima lebih 15,000 penyertaan.

Sejajar dengan misi Bulan Sukan Negara, katanya Separuh Maraton SHARP HSNKL bukan sekadar perlumbaan tetapi gerakan untuk menyemarakkan dan meningkatkan semangat rakyat Malaysia terhadap gaya hidup sihat, sekali gus memupuk negara yang cintakan sukan dan kesedaran kesihatan.

"Kami ingin mengajak semua rakyat Malaysia dan pelancong untuk nersama-sama meraikan gaya hidup sihat melalui acara yang bermakna ini, “ katanya.

Acara itu dianjurkan oleh Pure Events dengan kerjasama Jabatan Beliia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan (CATS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut berkenaan acara larian itu boleh diperolehi dengan melayari Facebook rasmi di www.facebook.com/helloharisukannegara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan