SUKAN > BERITA

Cherry Cipta Sejarah Rakyat Malaysia Pertama Raih Piala Dunia Latin Solo

05/10/2024 04:29 PM

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Atlet sukan tarian, Cherry Yeo Xiao Wei mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama meraih Piala Dunia Latin Solo Persekutuan Sukan Tarian Dunia di Belgrade, Serbia, pada Jumaat.

Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF) dalam kenyataan memaklumkan atlet berusia 19 tahun itu mempamerkan bakat dan gerak tari luar biasa, sekali gus membantunya mengungguli tempat teratas dalam kategori Latin Solo.

Wakil tunggal dari Malaysia itu mengatasi atlet Itali Giorgia Santella, yang membawa pulang pingat perak manakala Chan Hei Lam dari Hong Kong memperoleh gangsa.

“Kejayaan pasukan sukan tarian Malaysia tidak mungkin dicapai tanpa dedikasi dan bimbingan daripada jurulatih, Chua Zjen Fong dan Evon Chong daripada MY DanceSport Academy.

“Komitmen mereka dalam mengasah bakat atlet menjadi kunci bagi mencapai kejayaan cemerlang ini. Penghargaan juga kepada Kementerian Belia dan Sukan, MYDF serta Persatuan Dancesport Kuala Lumpur (KLDSA) atas sokongan diberikan,” menurut kenyataan itu.

Bulan lepas, Cherry merangkul gelaran Terbuka London 2024.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan