SUKAN > BERITA

Terbuka Denmark: Kian Meng-Pei Jing Tersingkir Di Pusingan Kedua

17/10/2024 07:38 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Beregu campuran profesional Malaysia Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menamatkan kempen Terbuka Denmark 2024 selepas disingkirkan pada pusingan kedua oleh beregu Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun di Odense, hari ini. 

Kian Meng-Pei Jing memenangi set pertama 21-16 namun gagal meneruskan momentum dan tewas 18-21, 16-21 pada pilihan ketiga itu di kejohanan Super 750 tersebut yang berlangsung di Jyske Bank Arena.

Keputusan hari ini menyaksikan Won Ho-Na Eun berjaya menjadikan rekod pertemuan mereka 3-3 sejak pertembungan sulung pada Kejohanan Badminton Asia 2022 di Filipina.

Gandingan Korea Selatan itu akan berdepan pilihan kelapan Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang dalam suku akhir esok selepas pasangan Taiwan itu mengetepikan beregu tuan rumah Mathias Thyrri-Mai Surrrow, 21-12, 21-18.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan