SUKAN > BERITA

KDN FC Yakin Mampu Tewaskan KL City Malam Esok

17/10/2024 11:51 PM

KOTA BHARU, 17 Okt (Bernama) -- Ketua Jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN FC) Park Jae-hong yakin skuadnya mampu menewaskan Kuala Lumpur City pada saingan Liga Super yang akan berlangsung malam esok di Stadium Cheras.

Jae-hong berkata beliau optimis pasukannya mampu memperoleh mata pada pertemuan itu selepas mencatat kemenangan ke atas Negeri Sembilan pada perlawanan sebelum ini.

"Saya mengakui pada awal saingan Liga Super komposisi pasukan tidak bagus namun selepas kemasukan beberapa pemain baru pada pintu perpindahan pemain tempoh hari mereka (pemain baru) ini mencetuskan impak segera kepada pasukan.

"Kehadiran mereka ini membolehkan kami mencatatkan kejayaan sebelum ini dan saya yakin mereka dapat menyumbang mata bertemu Kuala Lumpur City malam esok," katanya dalam kenyataan malam ini.

Jae-hong berkata pada aksi itu nanti pemain perlu menunjukkan kelebihan yang dimiliki terutamanya ketika bertahan.

Beliau berkata pemain perlu mempunyai perancangan untuk bertahan apabila berdepan dengan asakan lawan selain tahu cara untuk meneruskan permainan apabila kehilangan bola.

"Persediaan telah dijalankan melalui latihan seperti mempercepatkan peralihan ketika menyerang serta turun bertahan apabila diserang," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan