SUKAN > BERITA

Piala Dunia Taolu: Malaysia Tambah Koleksi Emas Di Jepun

27/10/2024 01:30 PM

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Skuad wushu negara menambah pungutan pingat emas menerusi Wong Weng Son pada Piala Dunia Taolu edisi ketiga di Yokohama, Jepun hari ini.

Weng Son, 32, mempamerkan gerakan kemas untuk mengutip 9.773 mata dalam acara jianshu lelaki, menewaskan wakil tuan rumah yang mengumpul 9.766 mata dan Nepal ketiga dengan 9.636 mata.

Malaysia terus menambah koleksi pingat menerusi Tan Cheong Min yang meraih perak dalam acara nanquan wanita selepas meraih 9.770 mata, di belakang wakil Indonesia yang mengutip 9.773 mata untuk pingat emas manakala wakil Hong Kong ketiga dengan 9.760 mata.

Sementara itu, Clement Ting Su Wei menamatkan saingan dalam disiplin gunshu lelaki di tempat keempat dengan 9.776 mata manakala Sydney Chin Sy Xuan keenam dalam disiplin taijijian wanita dengan 9.650 mata.

Setakat ini, kontinjen Malaysia telah mengumpul dua emas, dua perak dan dua gangsa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan