SUKAN > BERITA

Masters Korea: Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir

08/11/2024 04:56 PM

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke separuh akhir kejohanan Masters Korea selepas mudah menewaskan wakil Korea Selatan pada suku akhir di Iksan City hari ini.

Pada perlawanan tersebut di Gimnasium Iksan, beregu ranking nombor enam dunia itu mengambil masa 33 minit untuk menewaskan pasangan tuan rumah,Kim Jae Hyeon-Lee Sang Won, 21-17, 21-12.

Kemenangan tersebut nyata memberi suntikan semangat buat Aaron-Wooi Yik dalam usaha cuba layak beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, bulan depan.

Esok, wakil tunggal negara pada kejohanan status Super 300 itu akan berdepan dengan wakil Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin untuk menentukan slot ke final.

Bagaimanapun, beregu Taiwan itu dipaksa bekerja keras untuk menumpaskan beregu China Xie Hao Nan-Zeng Wei Han 21-12, 16-21, 21-19 untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan