SUKAN > BERITA

Atlet Malaysia Ungguli Kejohanan Muay Thai Rentap Night Pandan MADANI 2024

30/12/2024 06:57 PM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Empat atlet muay thai professional Malaysia mengungguli Kejohanan Muay Thai Rentap Night Pandan MADANI 2024 setelah meraih tiga dari lima tali pinggang dan satu piala yang ditawarkan.

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana semalam, tiga tali pinggang itu diraih Fuad Izuan, Muhammad Aiekal Asyraf Muhammad Jamil dan Putra Farez, masing-masing menerusi kategori 58, 59 dan 60 kilogram (kg).

Sementara itu, seorang lagi petarung professional dari Malaysia, Muhammad Iqbal Daniel Khairudin berjaya membawa pulang piala kategori 52 kg selepas menumbangkan rakan senegara Nur Muhammad Hayul.

Selain Malaysia, petarung dari Iran dan Kemboja juga cemerlang selepas masing-masing membawa pulang satu tali pinggang dari kejohanan itu.

Atlet Iran Sahoo Gheisaran berjaya menumbangkan lawannya dari Kemboja Um Cham Voeum untuk membawa pulang tali pinggang kategori 70 kg antarabangsa.

Dalam pada itu, seorang lagi atlet Kemboja Pong Pisith memastikan negaranya tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi kategori 60 kg antarabangsa selepas menewaskan wakil Malaysia, Thinaharan.

Kejohanan itu dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan