SUKAN > BERITA

PUMA Penaja Baharu Jersi Harimau Malaya

01/01/2025 09:12 AM

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Jenama sukan antarabangsa, PUMA, kini merupakan penaja pakaian dan jersi rasmi skuad bola sepak kebangsaan, berkuat kuasa hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama strategik dengan jenama sukan dari Jerman itu, menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia.

Kenyataan itu memaklumkan kerjasama tersebut, menggabungkan bersama dedikasi FAM terhadap sukan nombor satu dunia itu, serta legasi inovasi dan kecemerlangan PUMA di dalam dan luar padang.

“Butiran lanjut mengenai perjanjian kerjasama FAM dan PUMA akan dimaklumkan pada majlis pelancaran yang akan diumumkan nanti,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, FAM mengucapkan terima kasih kepada jenama sukan Nike yang menaja  pakaian dan jersi rasmi Harimau Malaya sebelum ini selama 18 tahun bermula dari Januari 2007 hingga Disember 2024.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan