SUKAN > BERITA

Allianz Malaysia Dilantik Rakan Perkhidmatan Kewangan Rasmi BAM

04/01/2025 05:54 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) sebagai rakan kongsi rasmi dalam perkhidmatan kewangan.

Melalui kerjasama strategik ini, pemain senior dan junior BAM serta barisan jurulatih akan menerima perlindungan insurans komprehensif semasa perjalanan ke luar negara untuk menyertai pertandingan.

Selain itu, Allianz Malaysia turut menjadi penaja utama bagi kejohanan Malaysia Super 100 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Juara pada Oktober ini.

Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, meluahkan rasa teruja terhadap kerjasama ini dan berbangga dengan sokongan yang diberikan oleh Allianz Malaysia.

Beliau yakin sokongan tersebut mampu memperkasakan sukan badminton negara.

“Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat besar kepada BAM tetapi juga menjadi dorongan tambahan serta sumber motivasi kepada para pemain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan