KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Malaysia meraih pingat perak pada acara berpasukan lelaki TPB4 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Dunia Para Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025 (eng: 2025 International Bowling Federation (IBF) Para Bowling World Championships) di Kowloon, Hong Kong hari ini.
Pasukan yang terdiri daripada Muhd Zul Adly Majeni, Abang Yahya Abang Azhar, Mohd Hazim Sazali dan Mahamad Rizuan Madzhi melakukan 3,035 jatuhan pin pada acara yang berlangsung di pusat boling Kai Tak Sports Park.
Pasukan Australia yang dibarisi Allen Tyler, Ashley Poelstra, Matthew Hurst dan Allan Strong mengumpul 3,152 jatuhan pin untuk muncul juara.
Singapura melengkapkan podium dengan membawa pulang pingat gangsa selepas Eric Foo, Mohamad Rausyan Yaacob, Muhammad Farhan Ismail dan Nixon Fan Jun Jie melakukan 2,972 jatuhan pin.
Kejohanan Dunia Boling Para IBF 2025 yang bermula pada 17 Jan berlangsung sehingga Jumaat (24 Jan).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial