KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bekas pemain Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) terkemuka negara Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz berpendapat bahawa sukar untuk peminat melihat skuad Sukan SEA di Thailand pada hujung tahun ini diwakili oleh pemain daripada satu pasukan sahaja.
Beliau berkata ini kerana kebanyakan pasukan MLBB di Malaysia dibarisi bersama pemain import dan hanya sebilangan sahaja yang menggunakan pemain tempatan.
Justeru, beliau mencadangkan supaya satu pemilihan diadakan secara berasingan bagi memilih pemain yang benar-benar berkualiti untuk mewakili Malaysia di temasya dwitahunan itu.
“Bagi saya, kalau pemilihan dari segi pasukan, saya rasa okay, tetapi tak semua pemain mereka itu lokal. Kalau ada pun mungkin satu dua pasukan macam Todak.
“Saya rasa mungkin kena buat pemilihan secara individu, baru kita dapat pilih pemain yang terbaik untuk Sukan SEA nanti,” katanya kepada media selepas tayangan perdana filem Soloz: Game of Life.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya satu pertandingan dijalankan secara berasingan bagi memilih pemain dan tidak hanya tertumpu kepada pertandingan-pertandingan sedia ada.
Pada Sukan SEA Kemboja 2023, pasukan MLBB Malaysia berjaya membawa pulang pingat perak dan gangsa masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial