KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Rekod tanpa kalah Australia tercalar selepas tewas kepada Sri Lanka dalam aksi terakhir Super Six Kumpulan 1 Piala Dunia T20 Wanita Bawah 19 Tahun (B-19) 2025 hari ini.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak memberi kesan kepada Australia yang telah mengesahkan slot ke separuh akhir lebih awal yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini.
Terdahulu pada aksi berlangsung di Padang Kriket UKM, Bangi, Australia mencatatkan 87 larian berbanding Sri Lanka dengan 99 larian dalam 20.0 overs, menurut laman web kejohanan.
Sementara itu, Nigeria menutup kempen Piala Dunia T20 dengan mengejutkan Ireland pada perlawanan terakhir Super Six Kumpulan 2 juga berlangsung di venue sama.
Nigeria yang bermula goyah pada awal perlawanan bangkit dengan mencatat 94 larian, kehilangan satu wiket dalam 20.0 overs sekali gus menghampakan Ireland hanya 88 larian dalam 18.4 overs.
Kemenangan tersebut menyaksikan Nigeria mengakhiri kempen Piala Dunia di kedudukan ketujuh secara keseluruhan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial