KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah meluluskan permohonan juara bertahan PDRM FC untuk mengadakan perlawanan akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu ini.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan The Cops, yang tewas pada final pertama Sabtu lepas, sekali lagi perlu bermain di gelanggang lawan berbanding Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang menjadi venue tuan rumah pasukan itu musim ini.
“PDRM FC selaku pasukan tuan rumah telah mengemukakan permohonan pertukaran venue kerana Stadium MBPJ memenuhi kriteria dan piawaian venue perlawanan akhir,” menurut kenyataan MFL hari ini.
Pada pertembungan final pertama di Stadium MBPJ Sabtu lalu, Selangor yang beraksi dengan 10 pemain berjaya mencatat kemenangan 3-2 ke atas PDRM.
Skuad Gergasi Merah bimbingan Katsuhito Kinoshi berpeluang menamatkan kemarau panjang menjulang trofi kejuaraan selepas kali terakhir melakukannya ketika muncul juara Piala Malaysia buat kali ke-33 pada 2015.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial