SUKAN > BERITA

SEC 2025: Azeem Ke Final Acara 60M

01/03/2025 10:53 AM

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mara ke pusingan akhir acara 60 meter (m) Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC selepas menamatkan saringan lima di tempat kedua awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2024 yang mewakili Universiti Auburn itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 6.61 saat (s) kurang 0.1s di belakang rakan sepasukan Israel Okon dari Nigeria.

Tempat ketiga saringan lima dimenangi wakil Universiti Alabama, Jekovan Rhetta dari AS dengan 6.63 s.

Muhammad Azeem dijadualkan turun dalam aksi final 60m awal pagi Ahad bagi merebut kejuaraan pertamanya musim ini.

Pada Februari lepas, atlet berusia 20 tahun itu berjaya memperbaharui rekod kebangsaan acara 60m dalam dewan miliknya pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di California, AS dengan catatan 6.60s memadamkan rekodnya sendiri 6.62s di kejohanan sama pada 2023.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan