SUKAN > BERITA

Shahidan Sedia Pertahan Jawatan Presiden KOM

06/03/2025 07:08 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Shahidan bagaimanapun berkata sekiranya ada individu yang diyakini berupaya membawa perubahan lebih baik kepada KOM, beliau bersedia untuk berundur dan memberikan sokongan penuh kepada calon berkenaan demi kemajuan olahraga negara.

“Insya-Allah, buat masa sekarang ini saya akan bertanding untuk mempertahankan kerusi presiden KOM.

“Saya juga tidak ada masalah untuk lepaskan jawatan presiden sekiranya lawan saya itu adalah yang boleh bagi sesuatu lebih baik untuk KOM,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ahli Majlis KOM di sini hari ini.

Shahidan pernah menerajui KOM dari 2006 hingga 2012, sebelum kembali memimpin badan induk itu pada Jun 2022. 

Pada pemilihan berkenaan, beliau menewaskan penyandang ketika itu Datuk SM Muthu dengan kelebihan empat undi.

Dalam pada itu, Shahidan berkata sekiranya beliau sekali lagi dipilih memegang jawatan berkenaan, keutamaannya adalah untuk memberi fokus kepada persiapan atlet bagi menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand pada Disember ini. 

“Sukan SEA ini adalah mini Olimpik di peringkat Asia Tenggara. Kita kena berusaha bersungguh-sungguh supaya kita mendapat lebih banyak pingat seperti yang menteri (Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh) sebutkan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan