SUKAN > BERITA

Masters Orleans: Zii Jia Mara Ke Suku Akhir

06/03/2025 11:01 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Palais des Sports, pemain ranking ketujuh dunia itu hanya mengambil masa 30 minit untuk menyingkirkan bekas pemain nombor satu dunia tersebut dengan kemenangan straight set 21-11, 21-17.

Menanti Zii Jia di suku akhir ialah pemain Ireland, Nhat Nguyen, selepas lawannya dari Jepun, Yushi Tanaka menarik diri pada set kedua gara-gara kecederaan.

Turut mara ke pusingan suku akhir adalah pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang meraih kemenangan ke atas beregu Taiwan  Lu Ming Che-Hung En Tzu.

Pasangan negara bagaimanapun tidak diberi jalan mudah apabila tewas set pertama 16-21 sebelum bangkit untuk menang dua set berikutnya, 21-13, 21-16.

Pang Ron-Su Yin dijadual bertemu pasangan nombor 10 dunia dari Indonesia, Rehan Kusharjanto-Gloria Widjaja, yang berjaya menumpaskan pilihan nombor satu kejohanan dan wakil negara, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei, 21-8, 21-17.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan