SUKAN > BERITA

Anwar Ucap Tahniah Malaysia Juara Kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026

20/05/2026 09:12 AM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad kuadron negara atas kejayaan muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata kejayaan itu bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan anak watan memiliki kecekalan, kesatuan tekad dan kemampuan untuk terus bersaing serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Syabas wira negara. Semangat juang yang dipamerkan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tahniah,” kata beliau.

Malaysia menjulang trofi sulung acara kuadran selepas ‘merejam’ India 2-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi. 

Skuad negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi itu menerima tonik tambahan hasil sokongan luar biasa kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri stadium yang juga dikenali Home of Sepak Takraw itu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan