KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Hasrat pemain boling negara Sin Li Jane untuk merampas semula gelaran Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) tidak kesampaian apabila sekadar berpuas hati sebagai naib juara kejohanan berprestij itu.
Pada saingan berlangsung di Royal Pin Woodland, Indianapolis pada Selasa, juara edisi 2024 itu mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan, namun terpaksa akur kepada pemain tuan rumah Jillian Martin, dalam perlawanan penentuan (roll-off) pada final stepladder.
Sebelum itu, kedua-dua pemain terikat 212-212 selepas berakhir permainan sebenar.
Pada aksi penentuan, Li Jane mencatatkan jatuhan pin 10, 7, 10 dan 9, mankala Jillian merekodkan 10, 7, 10 dan 10 untuk meraih gelaran juara dengan kelebihan satu pin.
Selaku naib juara, Li Jane membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (kira-kira RM122,070).
Sementara Jillian menerima hadiah utama AS$60,000 (kira-kira RM244,140) selain jaket hijau kejuaraan dan trofi kemenangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial