WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AKTIVITI KETENTERAAN ISRAEL DI RAFAH MIMPI NGERI KEMANUSIAAN - KETUA PBB

08/05/2024 01:22 AM

HAMILTON (Kanada), 7 Mei (Bernama-Anadolu) -- Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan menyifatkannya sebagai "kesilapan strategik, malapetaka politik, dan mimpi ngeri kemanusiaan”.

"Saya terganggu dan tertekan dengan aktiviti ketenteraan yang diperbaharui di Rafah oleh tentera Israel,” kata Guterres, lapor Agensi Anadolu.

Menekankan kepentingan kritikal untuk membuka semula lintasan Rafah dan Karem Shalom, Guterres menyeru agar pintu masuk itu dibuka semula dengan serta-merta.

Beliau menegaskan sebarang serangan ke atas Rafah akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sudah teruk, berpotensi menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang meluas.

Mengakui kesan buruk serangan itu, ketua PBB berkata: "Serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, malapetaka politik dan mimpi ngeri kemanusiaan."

Beliau seterusnya merayu kepada "semua pihak yang mempunyai pengaruh ke atas Israel untuk melakukan segala yang mereka mampu untuk membantu mengelakkan tragedi yang lebih besar.

--BERNAMA-ANADOLU

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan