WILAYAH - TIMUR > BERITA

RASUAH: BEKAS PENGURUS BANK DITAHAN SPRM

09/06/2024 11:15 PM

KOTA BHARU, 9 Jun (Bernama) -- Seorang bekas pengurus bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu didakwa meminta dan menerima sebanyak RM50,000 daripada pelanggan bank dengan alasan membiayai program melibatkan bank.

“Lelaki itu dikatakan aktif melakukan perbuatan itu sejak tahun 2022,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu pada  jam 3 petang tadi selepas diambil keterangan di pejabat SPRM negeri.

Beliau berkata lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“SPRM bakal memohon perintah reman terhadap lelaki itu di Mahkamah Majistret Kota Bharu esok,” katanya.

— BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan