WILAYAH - UTARA > BERITA

POLIS MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG

16/06/2024 09:30 PM

GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Polis Daerah Timur Laut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak semalam di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki itu dikenali Lee Goon Aun, 71, dan  kali terakhir dilihat memakai baju belang berwarna merah kelabu serta berseluar slek hitam.

“Kali terakhir anaknya jumpa pukul 2 petang semalam. Orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit diminta menghubungi Ketua Balai Lebuh Pantai Inspektor Abd Basir Hashim di talian 017-6681423,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan