WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KERAJAAN LAKSANA BEBERAPA ACARA SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17

25/06/2024 09:26 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan beberapa acara lain bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang dijadual berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata antara acara berkenaan ialah Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara, di sini pada 18 Julai.

“Khutbah khas dan solat Jumaat pada 19 Julai, juga di Masjid Negara. Pameran Raja Kita pada 25 Julai, bertempat di Muzium Negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi menzahirkan rasa rendah diri dan amat berbesar hati kerana dapat mengiringi Sultan Ibrahim, yang telah berkenan mempersembahkan warkah persilaan ke Istiadat Pertabalan Baginda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan