WILAYAH - SARAWAK > BERITA

17 DITAHAN SELEPAS CUBAAN RAMPASAN KUASA DI BOLIVIA

28/06/2024 10:27 AM

LA PAZ, 28 Jun (Bernama-Xinhua) -- Seramai 17 individu kebanyakannya anggota tentera telah ditahan di Bolivia kerana peranan mereka dalam cubaan rampasan kuasa yang gagal, kata Menteri Kerajaan Eduardo del Castillo pada Khamis.

Pada Rabu, ratusan tentera yang diketuai oleh Jeneral Juan Jose Zuniga telah berarak ke Dataran Murillo, pusat kuasa politik Bolivia dan cuba menyerbu Istana Kerajaan lama dalam kudeta terhadap Presiden Luis Arce.

Menurut del Castillo, siasatan menunjukkan perancangan kudeta itu bermula pada Mei dan ia didalangi oleh tiga kumpulan, termasuk kumpulan "persiapan dan perancangan" yang diketuai oleh Zuniga dan Naib Laksamana Juan Arnez, yang telah ditahan pada Rabu malam.

Anggota kumpulan kedua "organisasi dan koordinasi" ditahan pada Khamis dan kumpulan ketiga, yang digambarkan oleh del Castillo sebagai "yang paling ganas", bertanggungjawab memasuki Dataran Murillo dengan menggunakan kereta kebal dan senjata tentera terhadap rakyat Bolivia, lapor Xinhua.

Polis sedang mengesan tiga tentera yang kini menjadi pelarian.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan