WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AFFIN BANK, AHIBB WUJUD PROGRAM KERTAS KOMERSIAL DAN NOTA JANGKA SEDERHANA

01/07/2024 08:34 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Affin Bank Bhd (ABB) dan anak syarikat milik penuhnya, Affin Hwang Investment Bank Bhd (AHIBB), mewujudkan program kertas komersial (CP) bernilai RM3 bilion dan program CP atau nota jangka sederhana (MTN) bernilai RM2.0 bilion.

Bank itu menyatakan, Affin Bank dan AHIBB telah mengemukakan kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kesemua maklumat dan dokumen sewajarnya berkaitan kedua-dua program mengikut ketetapan suruhanjaya itu mengenai produk pasaran modal tidak tersenarai di bawah rangka kerja serah dan simpan serta pelancaran berkaitan.

“Program itu akan memberi pilihan tambahan kepada ABB dan AHIBB dalam pengumpulan dana pasaran bon tempatan dari semasa ke semasa untuk membiayai keperluan modal kerja perbankan am dan tujuan perniagaan kedua-dua entiti," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut ABB, program CP berkenaan telah diberi penarafan jangka pendek P1 manakala program CP/MTN diberi penarafan jangka pendek PI serta jangka panjang AA3 oleh RAM Rating Services Bhd. 

AHIBB berperanan sebagai penasihat prinsipal, pengatur utama dan ejen kemudahan bagi program-program berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan