WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PELANCARAN KOLEKSI ANTA KAI 1 ‘TRIPLE BLACK’ OLEH ANTA MALAYSIA TERIMA SAMBUTAN HANGAT

01/07/2024 10:59 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Sebuah syarikat pakaian sukan global, ANTA Malaysia mengumumkan pelancaran koleksi ANTA KAI 1 ‘Triple Black’ yang dinanti-nantikan telah mendapat sambutan hangat dalam komuniti peminat bola keranjang dan kasut di Malaysia.

ANTA Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pelancaran eksklusif koleksi pertama di Sunway Pyramid baru-baru ini menyaksikan 40 pasang habis dijual dalam masa sejam, menonjolkan populariti dan permintaan yang tinggi untuk tambahan terbaharu kepada siri KAI 1 ini.

“Berikutan kejayaan koleksi KAI 1 sebelum ini, kombinasi warna ‘Home, Away and Mother’s Day’,... kombinasi warna ‘Triple Black’ menandakan lelaran keempat siri KAI 1 untuk debut di Malaysia. Setiap keluaran terus memikat peminat sukan bola keranjang dan kasut, mengukuhkan status KAI 1 sebagai koleksi yang mesti dimiliki,” kata kenyataan itu.

Pengurus Cawangan ANTA Malaysia Pang Sook Fong dipetik sebagai berkata dalam kenyataan yang sama bahawa penjualan pantas di Sunway Pyramid menunjukkan bahawa syarikat itu mencapai pasaran sasarannya dan terdapat minat yang sejati terhadap produknya di kalangan peminat bola keranjang Malaysia.

Menurut Pang, syarikat itu amat gembira dengan sambutan luar biasa yang diterima oleh koleksi ‘Triple Black’ di Malaysia.

“Kami amat berbangga dengan sambutan terhadap pelancaran ANTA KAI 1 ‘Triple Black’. Kejayaan ini menyemarakkan komitmen kami untuk terus mengeluarkan kasut yang inovatif dan bergaya serta bersesuaian dengan kehendak pelanggan kami,” katanya.

Mereka yang terlepas pelancaran awal mungkin menantikan kelompok seterusnya ANTA KAI 1 ‘Triple Black’ yang akan tersedia secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ANTA KAI 1 ‘Triple Black’ dan keluaran akan datang, sila layari my.anta.com atau ikuti ANTA Malaysia di Instagram dan Facebook. ANTA ialah jenama pakaian sukan global terkemuka yang berdedikasi untuk menyediakan produk sukan yang berfungsi, profesional dan dipacu teknologi meliputi pelbagai kategori sukan.

Dengan komitmen terhadap inovasi dan kecemerlangan, ANTA berusaha untuk memperkasakan atlet dan peminat sukan di seluruh dunia untuk mencapai potensi tertinggi mereka.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan