WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KONSEP ISLAM DAN KESEDERHANAAN FOKUS UTAMA SIMPOSIUM ANTARABANGSA MADANI

02/07/2024 08:56 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) --  Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.

Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dr Mohd Faridh Hafez Mhd Omar berkata objektif lain yang ingin dicapai dalam simposium dua hari itu ialah meneroka strategi baharu untuk membawa agenda Islam ke tahap lebih tinggi.

“Pendekatan baharu yang diterokai dapat menunjukkan bahawa masyarakat Islam yang sederhana itu seimbang, adil dan diterima pelbagai pihak.

“Ini juga bagi memastikan Islam tidak lagi dilihat ekstrem atau seperti yang sedang berlaku dalam konteks dunia yang penuh kacau-bilau dan peperangan, (sehingga) nilai kemanusiaan itu tidak diendahkan dan nyawa manusia seperti tiada nilai," katanya ketika ditemu bual dalam program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV di sini hari ini.

Beliau berkata tumpuan simposium yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia itu juga mengutamakan koloborasi antara dunia Islam bagi mengerakkan semua masyarakat khususnya generasi muda ke arah yang sama.

"Ia cabaran kepada semua pihak khususnya generasi muda hari ini yang saya anggarkan 40 peratus populasi di Malaysia yang akan memacu negara ke hadapan. 

"Kita melihat perkembangan dunia itu memihak kepada ekonomi dan kita sebagai pengguna tidak boleh melupakan (tekad) untuk mempunyai jati diri yang kukuh,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan