WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PELAWAK, ISTERI SEBAR MAKLUMAT DALAMAN POLIS DIREMAN DUA HARI

02/07/2024 10:06 PM

SHAH ALAM, 2 Julai (Bernama) -- Seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman di aplikasi Telegram berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. 

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 38 dan 37 tahun itu, ditahan di Balai Polis Seksyen 9, di sini, kira-kira 7 malam semalam. 

"Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan telefon bimbit pasangan terbabit turut dirampas bagi membantu siasatan," katanya. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, tular di aplikasi itu mengenai penulisan dan gambar berkaitan hal ehwal dalaman IPD berkenaan. 

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan