WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LEBIH 9,000 RAKYAT PALESTIN DITAHAN DI PENJARA ISRAEL SEJAK 7 OKT

04/07/2024 05:58 PM

RAMALLAH, 4 Julai (Bernama-WAFA) -- Jumlah rakyat Palestin yang ditahan sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lepas, telah meningkat kepada 9,520 orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS).

Kedua-dua organisasi itu dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa angka berkenaan termasuk mereka yang ditahan dari rumah melalui pos kawalan tentera, mereka yang terpaksa menyerah diri di bawah tekanan dan mereka yang ditahan sebagai tebusan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut kenyataan itu, tentera pendudukan Israel telah menahan sekurang-kurangnya 10 orang dari Tebing Barat, termasuk seorang wanita dari Tulkarm sejak Rabu.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan