WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KEJOHANAN GOLF MAYBANK 2024 PERKENAL KELAYAKAN ASEAN

04/07/2024 10:36 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kejohanan Maybank 2024 kembali dengan Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) untuk tahun kedua berturut-turut pada Oktober ini dengan tambahan baharu iaitu Kelayakan ASEAN.

Elemen baharu ini bertujuan untuk menyemarakkan aspirasi di Asia Tenggara dan memperkasakan pemain profesional dan amatur wanita bukan LPGA  ASEAN untuk bersaing dalam kejohanan bertaraf dunia, menurut kenyataan penganjur kejohanan hari ini.

Pusingan Kelayakan ASEAN akan berlangsung pada 27 dan 28 Ogos ini di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) dan menawarkan lima slot untuk pemain wanita rantau ASEAN bersaing dengan pemain utama dunia pada Kejohanan Golf Mabank 2024.

Pemain profesional wanita dengan memegang kad daripada persatuan jelajah diiktiraf  kecuali LPGA dan pemain amatur dengan index 2.0 dan ke bawah mengikut Sistem handikap Dunia (WHS) daripada negara ASEAN layak menyertai pusingan Kelayakan ASEAN dengan tarikh tutup pada 9 Ogos ini.

Peserta boleh melayari  https://maybank.my/aseanqualifier untuk mendapatkan maklumat mengenai kelayakan, pendaftaran dan syarat pertandingan.

Kejohanan Golf Maybank 2024 menawarkan hadiah AS$3 juta (kira-kira RM14.13 juta) dan akan berlangsung di KLGCC pada 24 hingga 27 Okt ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan