WILAYAH - SELATAN > BERITA

WANITA KRITIKAL TERPERANGKAP KEBAKARAN BILIK SEWA MENINGGAL DUNIA HARI INI

15/07/2024 05:16 PM

MELAKA, 15 Julai (Bernama) -- Seorang wanita yang kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa bangunan empat tingkat di Jalan Plaza Mahkota di sini Khamis lepas, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Azliha Ngah Ariffin, 40, yang beralamat di Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak meninggal dunia pada 12.44 tengah hari tadi.

"Mayat kini dalam proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khamis lepas, dua kanak-kanak perempuan dipercayai adik-beradik meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa berkenaan.

Nur Riaisha Zahra Abdullah, 2, dan Nuralia Karisa Abdullah, 12, bersama ibu mereka, Azliha, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba di tingkat tiga bangunan rumah kedai itu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan