WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUKAN OLIMPIK: MOM KOMITED UTAMAKAN KESEJAHTERAAN ATLET DI PARIS

20/07/2024 02:33 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kekal komited untuk mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan atlet Malaysia dengan menyediakan persekitaran terbaik untuk mereka cemerlang dan mengharumkan nama negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

MOM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mereka komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti demi kejayaan atlet Malaysia.

Menurut kenyataan itu pakaian rasmi dan beg yang menjadi perhatian, ditaja sepenuhnya oleh rakan kongsi MOM iaitu Yonex Sunrise Malaysia dan Samsonite Malaysia, bagi memastikan tiada penambahan perbelanjaan kepada MOM dan atlet.

“Sebagai pengurus Sukan Olimpik di Malaysia, MOM diberi mandat oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk memastikan atlet kita mendapat sokongan menyeluruh. Ini termasuk jurulatih, pakar teknikal dan pelbagai perkhidmatan penting untuk mengoptimumkan prestasi.

“Dana disediakan sebahagiannya oleh badan-badan IOC, seperti Olimpic Solidarity dan tajaan rakan kerjasama Olimpik  IOC (TOP), bersama-sama sumbangan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN),” kata kenyataan itu sebagai respons kepada perbincangan dan kebimbangan orang ramai mengenai kontinjen Malaysia di Paris.

Sementara itu, MOM menjelaskan bahawa Sukan Paralimpik terletak di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), bukan IOC atau MOM, dengan pemilihan dan penyertaannya mengikut garis panduan dan protokol berasingan yang ditetapkan oleh IPC.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Kontinjen Malaysia yang akan ke Paris 2024 terdiri daripada 26 atlet dan 40 pegawai, termasuk 15 pakar teknikal, 11 kru perkhidmatan sokongan, sembilan pengurusan dan sekretariat dan lima pengurus pasukan, dengan setiap peranan penting dalam memastikan atlet kita menerima sokongan yang mereka perlukan.

 

Berikut senarai Kontinjen Malaysia ke Paris:

Pakar Teknikal:

Kontinjen termasuk 15 jurulatih dan pengarah teknikal dari pelbagai sukan, bertanggungjawab untuk latihan, perancangan strategi dan pengoptimum prestasi:

1. Lee Jae Hyung (memanah) pengarah kejurulatihan

2. Norizham Ishak (memanah)

3. Robert Ballard OLY (olahraga) pengarah teknikal

4. Nor Aznizal Najib (akuatik – terjun)

5. Eric Anderson (akuatik – renang)

6. Rexy Mainaky OLY (badminton) pengarah teknikal

7. Tan Bin Shen (badminton)

8. Nova Widianto (badminton)

9. Hoon Thien How (badminton)

10. Wong Tat Meng (badminton)

11. Amir Mustafa Rusli OLY (berbasikal – lebuh raya)

12. John Beasley (berbasikal – trek)

13. Asri Azman (pelayaran)

14. Mohamad Firdaus Abd Rahim (menembak)

15. Edmund Yeo Thian Chuan (angkat berat)

 

Kru Perkhidmatan Sokongan:

Pasukan ini termasuk profesional perubatan, ahli fisioterapi, tukang urut, jurulatih strength dan conditioning, pegawai kesihatan mental, mekanik dan penganalisis prestasi, yang penting dalam mengekalkan kesejahteraan fizikal dan mental atlit serta memastikan prestasi terbaik:

1. Dr. Jasmiza Khuzairi Jasme (ketua pegawai perubatan)

2. Nurdiasafra Hassan (fisioterapi)

3. Chin Chee Yong (fisioterapi)

4. Sebah Kari (tukang urut)

5. Muhamad Shafiq Amran (jurulatih strength dan conditioning)

6. Lim Jin Xuan (pegawai kesihatan mental)

7. Harnizam Basri (mekanik – berbasikal trek)

8. Mollynica Juanis (tukang urut )

9. Chee Lee Ming (juruanalisis prestasi)

10. Luke Henry Swemmer (kedi – golf)

11. Joshua Xihua Song (kedi – golf)

 

Pengurusan dan Urusetia:

Sekumpulan sembilan pegawai yang diketuai Chef de Mission Datuk Hamidin Mohd Amin dan dibantu  Timbalan Chef de Mission Datuk Nicol Ann David, menguruskan pendaftaran atlet dan pegawai, logistik, perhubungan media, elemen keselamatan dan penyelarasan dengan MSN dan ISN.

Selain Hamidin dan Nicol, pegawai lain ialah :

1. Almas Afrida Ramli (ketua sekteriat – MOM)

2. Izzat Danial Su Azlan Su (MOM)

3. Ang Li Peng (pegawai keselamatan – MOM)

4. Megat Ahmad Kushairy Abdul Aziz (MSN)

5. Mohamad Fawwaz Jamal (ISN)

6. Mohd Faizal Mohd Yusop (MOM)

7. Muhammad Rizal Hashim (atase media –MOM )

 

Pengurus Pasukan:

5 pengurus pasukan yang mengiringi atlet masing-masing yang menjaga keperluan dan korodinasi:

1. Dato’ Teoh Teng Chor (badminton)

2. Norazman Abu Samah (berbasikal – lebuh raya)

3. Mohd Izham Mohamad (berbasikal – trek)

4. Teoh Piek Kee (golf)

5. Amirul Hamizan Ibrahim OLY (angkat berat)

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan