WILAYAH - TIMUR > BERITA

Kira-kira 1,000 Jemaah Tunai Solat Sunat Istisqa’ Di Pekan

01/08/2024 01:53 PM

PEKAN, 1 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 1,000 penduduk sini termasuk pelajar sekolah menunaikan solat sunat Istisqa’ di padang Majlis Perbandaran Pekan pagi ini bagi memohon hujan, berikutan cuaca panas yang melanda, sehingga turut menjejaskan bekalan air di daerah ini. 

Kadi Pekan Mohd Aris Jamin berkata cuaca panas berpanjangan dan kekurangan taburan hujan menyebabkan paras air Sungai Pahang di daerah ini mengalami penyusutan agak ketara dan membimbangkan sehingga beberapa kawasan membentuk beting pasir.

“Mufti Pahang mendapat titah daripada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk daerah Pekan mengadakan solat Istisqa’.

“Mufti telah menghantar surat kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan JAIP mengarahkan pejabat agama daerah untuk menjalankan solat tersebut,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Istisqa’ yang diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Mohammad Hafizi Zilani.

Antara yang turut sama menunaikan solat Itisqa’ pagi ini ialah Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan