WILAYAH - SELATAN > BERITA

Lelaki Cedera Parah Diserang Rakan Akibat Selisih Faham

04/08/2024 07:12 PM

TAMPIN, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 45 tahun cedera parah pada beberapa bahagian badan selepas diserang rakannya di sebuah rumah di Ayer Kuning Selatan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung insiden berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Beliau berkata susulan itu, seorang lelaki berumur 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

"Pergaduhan berpunca daripada selisih faham tentang urusan pekerjaan. Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian bahu, perut, kaki dan belakang badan. Mangsa kini menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tampin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan