WILAYAH - UTARA > BERITA

Buruh Sekali Lagi Didakwa Tipu Bantuan eKasih

05/08/2024 02:50 PM

MANJUNG, 5 Ogos (Bernama) -- Seorang buruh dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menipu dan memperdaya seorang warga emas berkaitan bantuan eKasih.

Muhammad Halmi Ismail, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T. Kavita Tangga Rajoo.

Tertuduh didakwa menipu seorang lelaki berusia 70 tahun dengan memperdayanya untuk menyerahkan wang RM350 bagi membantu mendapatkan bantuan eKasih antara 3.30 hingga 5 petang pada 16 April lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Sitiawan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Nurjihan Jaya manakala tertuduh diwakili peguam Nurafiqah Abd Aziz.

Sebelum ini, Muhammad Halmi mengaku bersalah atas 13 pertuduhan serupa di Mahkamah Majistret Ipoh, Mahkamah Majistret Lenggong (dua pertuduhan) dan Mahkamah Majistret Taiping (18 pertuduhan).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan