WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mangsa Banjir Di Perak Dan Selangor Meningkat Petang Ini

05/08/2024 05:45 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor meningkat kepada 225 orang petang ini berbanding 169 orang pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 82 mangsa daripada 19 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen setakat pukul 2 petang berbanding 56 orang pada sebelah pagi.

Menurut kenyataan itu, mangsa yang berada di PPS berkenaan melibatkan penduduk Kampung Sri Behrang dan Kampung Pauh.

Sekretariat itu memaklumkan cuaca di kawasan terjejas banjir adalah baik ketika ini.

Di Selangor, sebanyak 143 mangsa banjir daripada 50 keluarga di Hulu Bernam ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah petang ini, meningkat sedikit berbanding pagi tadi sebanyak 113 orang. 

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor memaklumkan bagaimanapun, keadaan semakin pulih dengan keadaan cuaca yang mendung. 

PPS berkenaan menempatkan mangsa dari enam kampung yang terjejas iaitu Kampung Sungai Selisik, Kampung Serigala, Kampung Sungai Nilam, Kampung Sekolah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Lebar. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan