WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kriket: Perak bangkit raih kemenangan pertama

14/08/2024 09:16 PM

KUCHING, 14 Ogos (Bernama) -- Skuad kriket lelaki Perak bangkit untuk melakar kemenangan pertama dalam misi mempertahankan pingat emas T20 selepas menundukkan Pulau Pinang pada aksi kedua liga sepusingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Pada pertembungan di Padang Kriket & Ragbi Petra Jaya di sini, Perak yang tewas kepada Terengganu pada aksi sulung semalam, meraih kemenangan dengan kelebihan 53 larian.

Pasukan tuan rumah, Sarawak turut melakar keputusan positif selepas menewaskan Melaka dengan kelebihan tujuh wiket pada aksi sulung kedua-dua pasukan.

Dalam pada itu, Kedah juga mencipta kemenangan pertama selepas mengatasi Sabah dengan kelebihan tujuh wiket.

Kriket menawarkan dua pingat emas masing-masing dalam kategori lelaki dan wanita.

Saingan kriket lelaki yang membuka tirai semalam dan acara wanita dijadual bermula pada Ahad ini, akan berlangsung hingga 24 Ogos depan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan