WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kepala Air: Lebih 10,000 Pengguna Air Di Mualim Terjejas

24/08/2024 12:23 PM

TANJUNG MALIM, 24 Ogos (Bernama) -- Lebih 10,000 atau 83 peratus daripada 12,000 akaun pengguna di daerah Mualim terjejas akibat kerosakan muka sauk loji rawatan Sungai Geliting susulan kejadian kepala air, petang semalam. 

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Lembaga Air Perak (LAP) melaksanakan tindakan awal dengan menggerakkan tangki bantuan air kepada penduduk kawasan terjejas. 

“Kita akan cuba bekalkan air dari muka sauk loji rawatan air Sungai Slim bagi memulihkan bekalan air penduduk secara segera,” katanya ketika meninjau Jambatan Lama Sungai Slim yang runtuh akibat pergerakan kepala air petang semalam. 

Turut hadir Pengurus Besar LAP Ir Lokman Abd Rahim. 

Dalam kejadian petang semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan kejadian kepala air yang kemudian mengakibatkan tiga jambatan runtuh, struktur Muka Sauk Loji Rawatan Air Sungai Geliting Ulu Slim pecah dan ratusan penduduk terperangkap. 

Sementara itu, Lokman berkata struktur muka sauk Sg Geliting pecah akibat serpihan kayu dan usaha membekalkan air dari muka sauk Sungai Slim akan dilaksanakan secepat mungkin hari ini. 

Intake Sungai Slim merupakan intake simpanan dan dijangka kerja-kerja penyelenggaraan paip akan dijalankan untuk memastikan bekalan air penduduk pulih,” katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan