WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Setiausaha Agung ASEAN Adakan Persidangan Video Dengan Menteri Malaysia

01/10/2024 08:56 PM

JAKARTA, 1 Okt (Bernama) -- Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn mengadakan persidangan video dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said pada Selasa.

Mereka membincangkan antara lain inisiatif Malaysia dalam timbang tara antarabangsa dan pembiayaan pihak ketiga ketika negara itu bersiap sedia mengambil alih pengerusian ASEAN pada 2025, menurut kenyataan daripada Sekretariat ASEAN.

Laos, pengerusi ASEAN semasa, dijangka secara rasmi menyerahkan kepimpinan kepada Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober.

Diasaskan pada 8 Ogos 1967, ASEAN kini terdiri daripada 10 negara anggota: Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam.

Timor-Leste kini sedang menunggu keahlian penuh dalam blok itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan