WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kerjasama Dengan China Bantu Afrika Wujud Pemodenan Pertanian: Presiden Madagascar

14/10/2024 03:14 PM

BEIJING, 14 Okt (Bernama-CMG) -- Kerjasama dengan China mampu memberi sokongan kukuh kepada Afrika untuk mewujudkan pengindustrian dan modenisasi pertanian, kata Presiden Madagascar Andry Nirina Rajoelina.

Beliau menganggap hal ini sangat signifikan bagi pembangunan Madagascar, malah seluruh Afrika.

Pada bulan September, Rajoelina mengadakan kunjungan ke pusat penyelidikan padi kacukan di provinsi Hunan.

Rajoelina berpendapat hasil penyelidikan China berkenaan boleh menjana transformasi pertanian sekali gus membawa perubahan substantif kepada Madagascar.

Menurut beliau Madagascar menduduki tempat ketiga di Afrika dalam pengeluaran padi selepas Nigeria dan Mesir. Negara itu turut menyasarkan menjadi “jelapang Afrika”.

Beliau berkata Madagascar giat mencuba menanam padi kacukan China sejak sekian lama.

"Dengan usaha itu, hasil pengeluaran padi Madagascar boleh bertambah empat kali ganda.

"Ia membuktikan kebolehlaksanaan penanaman padi kacukan itu, yang dijangka dapat membawa perubahan kepada kehidupan kaum tani malah negara kami," ujar beliau dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).

Rajoelina menyatakan Madagascar pernah menjadi “jelapang Afrika” pada 1980-an dan mengeksport beras kepada negara jiran. Namun selepas itu, keluasan penanaman padi tidak bertambah akibat teknologi berkenaan gagal dimajukan.

"Kini kami mempunyai tanah suai tani seluas 1.9 juta hektar, selain 36 juta hektar tanah yang sesuai untuk penanaman padi.

"Matlamat kami adalah membawa perubahan kepada negara melalui usaha memajukan penanaman padi," kata beliau.

Rajoelina yakin bahawa dengan memanfaatkan ilmu, teknologi, mekanisasi serta benih berkualiti tinggi dari China, Afrika mampu membekalkan bahan makanan untuk seluruh dunia.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan