WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Grace Cipta Rekod Baru MBOR Berlari Atas Sawat Injak

14/10/2024 03:21 PM

Oleh Muhammad Zulkarnain Mohd Azman

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelari ultra-daya tahan Grace Lim Swee Ching telah berjaya masuk ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR) untuk larian tanpa henti paling lama di atas sawat injak oleh seorang wanita.

Pelari berusia 42 tahun itu menamatkan larian 226 kilometer (km) dalam masa 46 jam pada Sabtu lepas mengatasi rekod sebelumnya 25 jam sejauh 123.85 km dicatat oleh Melinder Kaur pada Julai 2022.

“Untuk mencapai rekod ini, saya perlu fokus sedalam-dalamnya, baik dari segi fizikal mahupun mental.

"Saya berbangga kerana telah berjaya melakukannya dan berharap ia memberi inspirasi kepada orang lain supaya menyedari bahawa kita semua mampu melakukan lebih daripada apa yang kita fikirkan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Grace berkata dia berjaya mengumpul RM18,786 melalui lariannya yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan.

"Cabaran itu sendiri telah memberi saya motivasi, tetapi yang lebih penting ialah saya dapat membantu mengumpul dana untuk tujuan amal," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan