WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Kuala Krai

14/10/2024 10:10 PM

KOTA BHARU, 14 Okt (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam Sungai Kampung Pichong, Kuala Krai hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata bilik gerakan polis telah menerima panggilan telefon daripada orang awam pada 12.15 tengah hari tadi memaklumkan terdapat sekujur tubuh terapung di sungai berkenaan.

Beliau berkata mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar pendek berwarna hitam.

“Identiti, bangsa dan umur tidak dapat dipastikan kerana mayat telah mula mereput serta tiada pengenalan diri ditemukan pada mayat itu.

“Mayat berkenaan dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra bagi tujuan bedah siasat dan polis akan melakukan siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Balai Polis Kuala Krai atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan