WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Penganggur Didakwa Ceroboh Rumah ADUN

16/10/2024 05:56 PM

MANJUNG, 16 Oktober (Bernama) -- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh rumah Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baharu Azman Noh pada 12 Okt lepas.

Mohd Khairol Anuar Nordin, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.

Dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurjihan Jaya manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Shaqira Ibrahim.

Fakhrul Razzi menetapkan 23 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Pantai Remis.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan