WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sarawak Pertimbang Dana Hantar Belia Hadiri Persidangan Antarabangsa 

16/10/2024 09:03 PM

KUCHING, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak sedang menimbangkan langkah untuk mewujudkan sejumlah dana bagi membantu untuk menghantar belia menghadiri persidangan antarabangsa yang boleh membantu meningkatkan kualiti kepimpinan mereka.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui kekangan kewangan adalah antara punca yang menghalang belia daripada menyertai persidangan berkualiti tinggi yang biasanya mengenakan bayaran yang tinggi.

“Pasti ada bayaran (untuk menghadiri persidangan antarabangsa), dan jika mereka hanya pelajar universiti, mereka mungkin menghadapi sedikit masalah (membayar yuran). Di sinilah saya rasa kementerian saya sepatutnya dapat membantu,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Antarabangsa Sains Tropika (TropSc) 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun belum ada skim khusus di bawah kementeriannya untuk menyalurkan bantuan berkenaan, beliau akan berbincang dengan pegawai kanannya mengenai kemungkinan memperuntukkan sebahagian daripada dana penyelidikan RM10 juta, bagi tujuan itu.

“Sebagai permulaan, mungkin kita boleh peruntukkan satu atau dua juta (ringgit) bagi tujuan itu,” katanya, dan menambah dana itu tidak memerlukan pembentangan belanjawaan di Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu untuk disediakan.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan